PETALING JAYA: QSR Brands (M) Holdings Bhd (“QSR Brands” atau “Syarikat”) berbangga sekali lagi diiktiraf sebagai Majikan Terbaik dalam kategori Makanan & Minuman di SEEK People & Purpose Awards 2025 oleh JobStreet, menandakan tahun kedua berturut-turut Syarikat menerima anugerah emas bagi kategori ini.

“Ini lebih daripada sekadar anugerah; pencapaian ini mencerminkan kepercayaan, keterlibatan, dan kebanggaan pekerja kami dalam menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” kata Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan.

“Kami percaya bahawa pelaburan dalam tenaga kerja adalah kunci kepada pertumbuhan perniagaan. Pendekatan strategik kami dalam pemerkasaan tenaga kerja membolehkan operasi berkembang secara efisien, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan mendorong pertumbuhan jangka panjang,” tambahnya.

KFC Leadership Engagement 2025

Sebagai operator perkhidmatan makanan terkemuka di Malaysia bagi KFC dan Pizza Hut, QSR Brands memainkan peranan penting dalam membentuk kecemerlangan industri serta kemajuan negara.

“Komitmen kami terhadap pembangunan negara melangkaui prestasi perniagaan. Ia berkaitan dengan mewujudkan peluang lestari, memperkasa rakyat Malaysia, dan membina tenaga kerja yang berdaya tahan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara,” tekan Nehchal.

Melalui inisiatif seperti Program Pembantu Pengurus Restoran Pelatih (ARMT), QSR Brands mempercepat pembangunan kepimpinan dalam kalangan graduan baharu, memastikan adanya kumpulan bakat yang kukuh.

Program seperti SEED, People Grower, GROW, dan Mentorship menyediakan laluan pertumbuhan yang berstruktur bagi meningkatkan keupayaan pekerja dan memperkukuh daya saing perniagaan.

Inklusiviti kekal sebagai tonggak utama operasi, dan melalui cawangan KFC yang dikendalikan oleh OKU, Syarikat mengangkat keupayaan mengatasi batasan, memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

Tambahan pula, inisiatif seperti Program Latihan KFC SLDN, Program Ijazah 2u2i, dan Biasiswa KFC memperkukuh komitmen dalam memberikan kemahiran serta peluang kepada golongan muda Malaysia yang memerlukan.

Di QSR Brands, pembangunan tenaga kerja dilihat sebagai pemacu utama ketahanan perniagaan dan kepuasan pelanggan.

Dengan memupuk bakat, menggalakkan inklusiviti, dan menyokong pekerja pada detik penting, Syarikat memastikan mereka berkembang seiring dengan komuniti yang dilayani.

Melangkah ke hadapan, QSR Brands kekal komited dalam membentuk generasi pemimpin industri masa depan. Kohort SLDN terbaru mereka menawarkan pengalaman pembelajaran secara langsung, menghubungkan pendidikan dengan kecemerlangan industri bagi melahirkan tenaga profesional berkemahiran tinggi.

“Melalui kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Syarikat memperluaskan akses kepada program mikro kredensial yang dibiayai sepenuhnya, sekali gus membekalkan pekerja dengan peluang peningkatan kemahiran yang selari dengan keperluan perniagaan yang berkembang,” ujar Sharifah Musainah Syed Alwi, Ketua Pegawai Sumber Manusia.

“Kerangka bimbingan yang diperkukuh memastikan pembangunan kepimpinan kekal sebagai fokus utama, membolehkan mobiliti dalaman dan memacu inovasi dalam pasukan,” jelasnya.

QSR Brands juga berada di barisan hadapan dalam transformasi digital, integrasi AI, dan strategi berasaskan data. Dengan mengoptimumkan pengambilan pekerja, latihan, dan operasi melalui teknologi, satu penanda aras baharu sedang dibentuk dalam kecekapan dan keterlibatan pekerja.

Pada masa yang sama, QSR Brands juga komited terhadap kemajuan matlamat Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), kerana pembangunan negara dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab korporat.

Visi jangka panjang mereka termasuk mengintegrasikan kelestarian, inklusiviti, dan impak sosial ke setiap peringkat organisasi, bagi membina laluan kerjaya yang lebih adil.

Visi QSR Brands tetap jelas, iaitu “Untuk Menjadi Syarikat Teknologi Makanan Terkemuka di ASEAN”.

Follow us on
Contact US

QSR Brands (M) Holdings Bhd. (201101011105)

Menara QSR, VSquare @ PJ City Centre, Jalan Utara,
46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Halal Logo
Connect With Us

Send a message

    LinkedIn
    Instagram
    Facebook